Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Terdapat banyak yang ingin dilihat dan dilakukan di Cameron Highlands, pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Berjalan-jalan melalui kampung-kampung kecil yang indah, lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas serta menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor; banyak sekali aktiviti menarik di sini untuk anda dan sekeluarga.
Satu lagi aktiviti yang popular di Cameron Highlands, sebenarnya lebih kepada tradisi, ialah menikmati teh dan skon. Tradisi ala Inggeris ini mengingatkan kembali kepada zaman pegawai kolonial Inggeris menggunakan lokasi berbukit ini sebagai tempat persinggahan yang menyejukkan dari haba panas kawasan tanah rendah. Memerhati burung dan trekking juga merupakan antara aktiviti popular di sini.
Terletak 1,500 meter di atas paras laut, Cameron Highlands terdiri dari beberapa pekan kecil antaranya Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Apa yang lebih menarik, ianya mudah bagi anda yang ingin berkunjung ke sana. Cameron Highlands terletak kurang dari satu jam perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan yang utama, anda cuma perlu mengambil masa 3.5 jam memandu dari Kuala Lumpur
Georgetown Inner City
Nama Georgetown Inner City berasal daripada nama King George III dari Britain. Georgetown terletak di timur-utara Pulau Pinang. Kebanyakan penduduk di sana merupakan kaum Cina. Dalam pengawalan yang tegas, kebanyakan kedai rumah di Georgetown telah dijaga sehingga hari ini. Keunikan bangunan dalam Georgetown tidak boleh dijumpa di mana-mana di dunia. Pada waktu petang, bandar ini akan bertukar dengan mengandungi pelbagai jenis penjaja yang menjual makanan dan minuman.
Taman Negara
Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².
Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakanKuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.
Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.
Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.
Pulau Langkawi
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di manaPulau Langkawi merupakan yang terbesar. Tempat menarik di Pulau Langkawi seperti: Dataran Helang, Telaga Air Hangat, Pulau Rebak, dan sebagainya.
Pulau Tioman
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang. Pulau Tioman sangat terkenal kepada peminat ‘scuba diving’ kerana Pulau Tioman digunjungi dengan banyak terumbu karang serta darat dipenuhi hutan-hutan.
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) diIndonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Raziterletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.
Kepada peminat dalam mendaki gunung, Gunung Kinabalu pasti menjadi tarikan pertama kepada mereka. Gunung Kinabalu dikelilingi dengan flora dan fauna serta pemandangan yang indah.
Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3]
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari Chinake Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.
Hutan Simpanan Sepilok
Hutan Simpanan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Di sini terletaknya Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah.
Hutan simpan ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,294 hektar.
Di dalam hutan simpan ini terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba: iaitu lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.
Sepilok dikelaskan sebagai simpanan hutan dara. Kegiatan memburu dan membalak tidak dibenarkan di kawasan ini. Sepilok telah dikhususkan untuk penyelidikan saintifik, latihan perhutanan, pemeliharaan serta pendidikan dan rekreasi awam.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di selenggara oleh Jabatan Hidupan Liar Malaysia. Program pemulihan orang utan ini bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semula jadi mereka. Anak-anak orang utan yang dibawa ke Sepilok diberi peluang sekali lagi untuk hidup bebas di alam semula jadinya. Pelawat ke pusat itu berpeluang melihat beruk yang jarang ditemui ini di habitat asalnya. Binatang lain yang dilindungi adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan juga Buaya yang dapat hidup bebas di pusat ini.
Taman Negara Mulu (Gua Mulu)
Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah timur negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.
Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui
Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.
Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.
No comments:
Post a Comment