Tradisi
Tradisi orang Iban adalah menyimpan
pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara
turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai
harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat
bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.
Kepercayaan
Dalam Kepercayaan Iban, mereka
berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam ‘Papan
Turai’ oleh ‘Tuai Raban Bansa’ atau “Chief Paramount” berpandukan
nasihat ‘Beliau’ dan ‘Lemambang’. Contohnya apabila hendak membuka penempatan
dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut
hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda
lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan
oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan
kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh ‘Beliau’ dan ‘Manang’
bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber
alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi pada masa akan datang dan diterjemah
oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan
malapetaka, biasanya upacara ‘Ngintu Burung’ dan ‘belian’ akan dijalankan
mengikut ‘Adat’ yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.
Pantang Larang Ketika Mengandung
SEBELUM BERSALIN
SEBELUM BERSALIN
Kaum Iban amat menekankan pentang larang sewaktu
mengandung dan selepas bersalin. Pantang
larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang
mengandung malah si suami turut dikenakan pantang larang, contohnya,
mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah
kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan. Mereka juga dilarang memecahkan telur
menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain itu mereka juga dilarang membawa
kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan. Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di
tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir
daripada menanah.
SELEPAS BERSALIN
Sebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan
memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda
bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga. Namun selaras arus kemodenan ada keluarga
yang menggunakan senapang untuk menggantikan potong.
Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau
dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain
yang disulam.
Si ibu akan diurut oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas
bersalin. Seterusnya ubat yang
diperbuat
daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain
yang diperbuat daripada kulit kayu akan disapu pada badan si ibu.
Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga
pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan memakan nasi bersama
ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan
air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu.
Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun
api. Unggun api perlu menggunakan kayu
api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan
kayu langsat. Hal ini demikian kerana
kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri.
Sepanjang tempoh 40 hari ini, si
ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penanda hari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan kesakitan
ibu yang baru bersalin.
PEMILIHAN NAMA
Pemilihan nama amat penting bagi kaum Iban. Kerana mereka berpendapat nama yang baik akan
memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi tersebut. Nama timbangan terlebih dahulu diberikan
sebelum nama rasmi. Nama rasmi diberikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa agar bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna kelak. Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan
adat yang sangat unik. Dua nama terbaik
akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas
papan tersebut. Seekor ayam jantan akan
dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi. Hal ini bermakna nama yang terdapat pada
gumpalan nasi yang dipagut oleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.
A New Guide for Iron-Chin-Gold Stainless Steel - Tiandora
ReplyDeleteStainless Steel is a titanium chloride type of steel used to bond to stainless steel. Its blade angle is very similar to the conventional steel. dental implants The dei titanium exhaust wrap stainless titanium ring steel is approximately microtouch titanium trim as seen on tv