Tuesday 22 April 2014

Permainan Tradisional di Malaysia: Cina

Permainan Tradisional Cina:


Mahjong


Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong Membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada vairasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau factor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Cara-cara permainan

Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari sama ada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.


Go


Go adalah sebuah permainan berpapan berstrategi untuk dua orang pemain. Di Malaysia pula, permainan ini dikenali sebagai Go serta Weiqi. Permainan ini berasal dari China kuno, berabad sebelum rujukan terawalnya dalam tulisan-tulisan pada abad ke-5 SM. Go adalah lebih popular di Asia Timur tetapi kebelakangan ini menjadi semakin popular di seluruh pelusuk dunia. Go terkenal dengan strategi-strategi yang kompleks walaupun peraturan-peraturannya mudah.
Cara-cara bermain
Go dimainkan oleh dua orang pemain berganti-ganti meletakkan batu hitam dan putih di atas persilangan grid garis. Saiz piawai bagi grid ini adalah 19 × 19, walaubagaimanapun peraturan-peraturan Go boleh digunakan sebebasnya kepada mana-mana saiz: 13 × 13 dan 9 × 9 juga merupakan pilihan yang popular untuk permainan yang lebih ringkas serta lebih berorientasikan taktik disamping memperkenalkan Go kepada para pemain baru. Objektif permainan ini adalah untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan. Bagi mencapai matlamat ini, setiap pemain berusaha untuk meletakkan batu-batu mereka dalam cara-cara tertentuk agar ia tidak ditangkap, sementara memetakan kawasan-kawasan yang lawan tidak dapat duduki tanpa ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan sekiranya ia tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, hasil daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.

Xiang Qi


Xiangqi merupakan sebuah permainan papan Cina dua orang pemain, yang berada dalam keluarga yang sama dengan catur antarabangsa, chaturanga, shogi, dan janggi. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu sering digelar sebagai Catur Cina.
Xiangqi mempunyai sebuah sejarah yang panjang. Walaupun asal-usulnya tidak jelas, namun permainan ini didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-4 Sebelum Masihi di China.
Ciri-ciri Permainan
Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina

Permainan Yo-Yo Cina adalah mainan dari China yang terdiri daripada dua cakera yang sama saiz disambungkan dengan gandar yang panjang.Satu gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan dengan menggunakan dua batang, setiap satu yang dipegang dalam satu tangan, membolehkan yo-yo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu.
Pada zaman moden, ia digunakan sebagai mainan kanak-kanak dan sebagai alat persembahan di sarkas dan juga terdapat dalam tarian Cina.Permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah melontar yo-yo ke udara atau melambung di sekitar belakang pengguna.Yo-yo barat ia mengekalkan gerakan berputar melalui kesan berputar berdasarkan pemuliharaan momentum sudut.
Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Min sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi.

Pembuatan Yo-yo Cina

Pembuatan Yo-yo Cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.Bagaimanapun, yo-yo cinasekarang diperbuat daripada plastik untuk menambah daya tahan.Manakala tongkat masih menggunakan kayu keras sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih murah dan lebih sesuai kepada pemula. Ada juga tongkat yang diperbuat daripada aluminium Lucite, karbon, logam dan Fibreglass. Fibreglass bersifat ringan dan kuat. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin melakukan "high stress whips" dan trik-trik yang lain. Sesetengah yo-yo cina mempunyai alur dipasang di tepi cakera, alur ini menbolehkan yo-yo cina membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.

Cara Bermain Yo-yo Cina

Yo-yo Cina juga dikenali sebagai Diabolo memerlukan pemainnya memegang stik kayu yang diikat dengan tali nilon dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Fungsi stik kayu tersebut ialah sebagai alat untuk menggerakkan tali nilon mengikut cara yang dihendaki. Pemain perlu mengimbangi yo-yo daripada terjatuh dan memutarkan diabolo dengan laju untuk melakukan pelbagai aksi yang mengagumkan. Diabolo yang ringan mudah digunakan tetapi putarannya mungkin hanya seketika. Kebanyakan pemain yang handal akan memilih diabolo berat untuk melakukan pelbagai aksi. Diabolo mudah dipelajari tetapi mengambil masa panjang untuk menjadi mahir.

Berikut adalah antara permainan tradisional Cina yang terkenal di Malaysia. Permainan tradisional Melayu dan permainan tradisional India boleh terdapat di sini:

No comments:

Post a Comment