Sunday 20 April 2014

Budaya dan Adat Kaum Iban



Tradisi
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.


Kepercayaan
Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam ‘Papan Turai’ oleh ‘Tuai Raban Bansa’ atau “Chief Paramount” berpandukan nasihat ‘Beliau’ dan ‘Lemambang’. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh ‘Beliau’ dan ‘Manang’ bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi pada masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara ‘Ngintu Burung’ dan ‘belian’ akan dijalankan mengikut ‘Adat’ yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.
 

Pantang Larang Ketika Mengandung
SEBELUM BERSALIN 
Kaum Iban amat menekankan pentang larang sewaktu mengandung dan selepas bersalin.  Pantang larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang mengandung malah si suami turut dikenakan pantang larang,  contohnya,  mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan.  Mereka juga dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat.  Selain itu mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan.  Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah. 

SELEPAS BERSALIN
Sebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga.  Namun selaras arus kemodenan ada keluarga yang menggunakan senapang untuk menggantikan potong. 
Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang disulam.
Si ibu akan diurut oleh bidan,  bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin.  Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang diperbuat daripada kulit kayu akan disapu pada badan si ibu.
Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari.  Semasa berpantang makanan,  si ibu hanya dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur.  Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu.
Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api.  Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan,  iaitu kayu malam dan kayu langsat.  Hal ini demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri.  Sepanjang tempoh 40 hari ini,  si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penanda hari.  Tujuan bersalai adalah menghilangkan kesakitan ibu yang baru bersalin. 

PEMILIHAN NAMA
Pemilihan nama amat penting bagi kaum Iban.  Kerana mereka berpendapat nama yang baik akan memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi tersebut.  Nama timbangan terlebih dahulu diberikan sebelum nama rasmi.  Nama rasmi diberikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa agar bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna kelak.  Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik.  Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan.  Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut.  Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi.  Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagut oleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.



1 comment:

  1. A New Guide for Iron-Chin-Gold Stainless Steel - Tiandora
    Stainless Steel is a titanium chloride type of steel used to bond to stainless steel. Its blade angle is very similar to the conventional steel. dental implants The dei titanium exhaust wrap stainless titanium ring steel is approximately microtouch titanium trim as seen on tv

    ReplyDelete