Monday, 26 May 2014

Senarai Rujukan



  • http://chefkecilku.blogspot.com/2012/11/pakaian-tradisional-masyarakat-india.html
  • http://www.slideshare.net/ltkaz67/pakaian-dan-perayaan-etnik-di-malaysia
  • http://bmpengurusan2010.blogspot.com/
  • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5729-warisan-budaya-india.html
  • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5725-warisan-budaya-cina.html
  • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5669-warisan-budaya.html 
  • http://projeksivik-ting4-2012.blogspot.com/2012/05/apakah-itu-perayaan_2152.html 
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Guli
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Selambut
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_raga
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak
  • http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/
  • http://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Permainan
  • http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Kho-kho
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Chaturanga
  • http://anitamisriyahmissy.blogspot.com/2012/06/cara-bermain-catur-terbaik.html
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Kabaddi
  •  http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Xiangqi
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Go
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahjung
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Yoyo_cina
  • http://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/
·       

Tuesday, 22 April 2014

Tempat-tempat Tarikan Pelancong di Malaysia

Tanah Tinggi Cameron


Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Terdapat banyak yang ingin dilihat dan dilakukan di Cameron Highlands, pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Berjalan-jalan melalui kampung-kampung kecil yang indah, lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas serta menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor; banyak sekali aktiviti menarik di sini untuk anda dan sekeluarga.

Satu lagi aktiviti yang popular di Cameron Highlands, sebenarnya lebih kepada tradisi, ialah menikmati teh dan skon. Tradisi ala Inggeris ini mengingatkan kembali kepada zaman pegawai kolonial Inggeris menggunakan lokasi berbukit ini sebagai tempat persinggahan yang menyejukkan dari haba panas kawasan tanah rendah. Memerhati burung dan trekking juga merupakan antara aktiviti popular di sini.

Terletak 1,500 meter di atas paras laut, Cameron Highlands terdiri dari beberapa pekan kecil antaranya Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Apa yang lebih menarik, ianya mudah bagi anda yang ingin berkunjung ke sana. Cameron Highlands terletak kurang dari satu jam perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan yang utama, anda cuma perlu mengambil masa 3.5 jam memandu dari Kuala Lumpur

Georgetown Inner City


Nama Georgetown Inner City berasal daripada nama King George III dari Britain. Georgetown terletak di timur-utara Pulau Pinang. Kebanyakan penduduk di sana merupakan kaum Cina. Dalam pengawalan yang tegas, kebanyakan kedai rumah di Georgetown telah dijaga sehingga hari ini. Keunikan bangunan dalam Georgetown tidak boleh dijumpa di mana-mana di dunia. Pada waktu petang, bandar ini akan bertukar dengan mengandungi pelbagai jenis penjaja yang menjual makanan dan minuman.

Taman Negara



Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakanKuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.

Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.

Pulau Langkawi



Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di manaPulau Langkawi merupakan yang terbesar. Tempat menarik di Pulau Langkawi seperti: Dataran Helang, Telaga Air Hangat, Pulau Rebak, dan sebagainya.

Pulau Tioman



Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang. Pulau Tioman sangat terkenal kepada peminat ‘scuba diving’ kerana Pulau Tioman digunjungi dengan banyak terumbu karang serta darat dipenuhi hutan-hutan.

Gunung Kinabalu



Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) diIndonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.

Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Raziterletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.

Kepada peminat dalam mendaki gunung, Gunung Kinabalu pasti menjadi tarikan pertama kepada mereka. Gunung Kinabalu dikelilingi dengan flora dan fauna serta pemandangan yang indah.

Menara Berkembar Petronas




Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3]

Pulau Perhentian



Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari Chinake Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.

Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

Hutan Simpanan Sepilok




Hutan Simpanan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Di sini terletaknya Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah.

Hutan simpan ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,294 hektar.

Di dalam hutan simpan ini terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba: iaitu lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.

Sepilok dikelaskan sebagai simpanan hutan dara. Kegiatan memburu dan membalak tidak dibenarkan di kawasan ini. Sepilok telah dikhususkan untuk penyelidikan saintifik, latihan perhutanan, pemeliharaan serta pendidikan dan rekreasi awam.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di selenggara oleh Jabatan Hidupan Liar Malaysia. Program pemulihan orang utan ini bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semula jadi mereka. Anak-anak orang utan yang dibawa ke Sepilok diberi peluang sekali lagi untuk hidup bebas di alam semula jadinya. Pelawat ke pusat itu berpeluang melihat beruk yang jarang ditemui ini di habitat asalnya. Binatang lain yang dilindungi adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan juga Buaya yang dapat hidup bebas di pusat ini.

Taman Negara Mulu (Gua Mulu)



Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah timur negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.

Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui

Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.

Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.

Permainan Tradisional Di Malaysia: India



Permainan Tradisional India:

Kho-Kho


Kho-Kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.Permainan Kho-Kho membangunkan sifat-sifat seperti ketaatan, disiplin, kesukanan, dan kesetiaan antara ahli pasukan.

Sejarah Permainan

Peraturan permainan telah dirangka pada awal abad ke-20,di Gymkhana Poona.Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1914,membentuk peraturan. Peraturan pertama pada Kho-Kho telah diterbitkan dari Gymkhana Baroda, pada tahun 1924. Pada 1959-60, negara pertama kejohanan Kho Kho telah dianjurkan di Vijayawada (Andhra Pradesh).Pihak kerajaan telah memulakan pemberian anugerah permainan Kho kho dan Arjuna Award, Anugerah Eklavya untuk lelaki, Rani Laxmi Bai mendapat anugerah wanita,Veer Abhimanyu untuk kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 tahun, dan anugerah Janaki untuk kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun.

Cara Bermain

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain. Namun,hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan Kho-Kho ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
Kho-Kho boleh dimainkan oleh lelaki, wanita, dan kanak-kanak dari semua peringkat umur. Permainan ini dimainkan di kawasan yang lapang dan peralatan yang diperlukan adalah dua tiang. Permainan berlangsung tidak lebih daripada 37 minit.

Chaturanga



Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Chaturanga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbezaan buah catur dengan kekuataan yang berbeza, dan kemenangan bergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern dengan menumbangkan sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau lebih.

Asal Usul Chaturanga

Permainan Chess atau Catur di zaman moden ini sebenarnya berasal dari India dan mula tersebar ke Parsi. Apabila orang-orang Arab menakluki Parsi, chess atau catur telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya merebak ke Eropah Selatan. Di Eropah, chess berubah bentuk semasa dalam abad ke-15. Perkataan "catur ataupun chess" itu sendiri berasal dari perkataan "Chaturanga" dari bahasa Sanskrit yang bermaksud Empat Bahagian Ketenteraan.
Pada awal abad 19, satu pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahawa duhulu catur dimainkan oleh 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga. Dalam puisi kepahlawanan mengatakan ia bermaksud tentera. Nama itu terjadi dari pertempuran dalam ketenteraan Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang yang memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu

Cara dan Strategi Bermain Chaturanga

Catur berasal dari India, dimana dalam bentuk awal abad ke-6 adalah chaturanga, yang diterjemahkan sebagai "empat divisi dari" militer - infanteri, kavaleri, gajah, dan kereta, masing-masing diwakili dengan gadai, ksatria, uskup, dan burung gagak Catur merupakan permainan yang membutuhkan strategi, kejelian dalam memperhitungkan kekuatan, dan target pasti dalam mencapai kemenangan. Bahkan bisa dibilang, bermain catur di atas papan catur tidak jauh berbeda denganberperang di medan pertempuran.
 Catur terliahat sangat sederhana karena papannya hanya terdiri dari 8x8 kotak persegi. Namun sebenarnya dalam bermain catur terdapat banyak strategi yang dimainkan untuk segera melumpuhkan raja lawan. Cara dan strategi bermain catur inilah yang kemudian terus dikembangkan oleh para pemain profesional sehingga menciptakan sebuah sistem pertahanan dan menyerang yang sama baiknya. Belajar bermain catur layaknya belajar rubrik 3x3 karena butuh pemahaman dan ketelitian yang sangat tinggi. Seorang pecatur profesional bahkan melatih dirinya beberapa jam setiap hari sehingga pelatihan ekstensif ini menyebabkan terjadinya pergeseran aktivitas otak dari korteks serebral ke nukleus caudate.
Strategi bermain catur adalah juga belajar mengenali langkah lawan. Tidak memberikan sekak terlalu cepat biasanya dilakukan untuk mempelajari dahulu pergerakan bidak lawan. Karena itulah sebisa mungkin jangan menghalangi jalan gajah dengan pion agar gajah bisa bergerak dengan lebih leluasa. Dan untuk mencoba merusak konsentrasi lawan, maka melakukan gerakan cepat adalah senjata yang bisa anda mainkan. Mengikat jalan lawan adalah kunci keberhasilan seorang pemain catur yang baik. Dengan begitu ia tidak bisa menjalankan strategi yang sedang ia kembangkan. Kemampuan berpikir yang sering membingungkan lawan ini bisa anda ciptakan lewat variasi langkah yang mematikan.


Berikut tips bermin catur yang baik:
1.        Kuasai pusat, Ini sangat penting sekali.Kalau kita tak menguasi pusat petak catur, yaitu petak kotakan e4,d4,d5,e5 kita akan selalu kewalahan dan akan terus tertekan sepanjang pertandingan.Dan akhirnya hampir bisa dipastikan kalah.
2.        Jalankan kuda sebelum gajah diawal pembukaan. Ini memang tak mutlak dilakukan , tapi kuda memang lebih fleksibel kan di banding gajah.
3.        Jalankan gajah sebelum benteng, karena gajah memang harus dikeluarkan dulu sehingga ruang gerak kita akan longgar dan bebas bergerak
4.        Jalankan benteng sebelum menteri, Menteri memang harus dikeluarkannya terakhir.Tapi ada kalanya ini tidaklah mutlak dalam pembukaan tertentu dan kondisi tertentu.
5.        Rokade cepat. dengan rokade cepat diharapkan kita bisa langsung mengatur arah serangan kita.
6.        Lindungi buah. Ini mencegah kekalaan kita dari materi.
7.        Serang petak yang sama dengan banyak buah Ini untuk pemusatan serangan agar jangan sampai kita kekurangan amunisi ditengah tengah penyarangan
8.        Ciptakan penyergapan bila mungkin, bila perlu lakukan dengan pengorbanan yang indah.
9.        Ciptakan pengikatan bila mungkin. ini untuk mencegah lawan untuk melakukan counter attack.
10.    Kembangkan strategi pada setiap langkah. setiap langkah kita haruslah punya makna dan tujuan.

Kabadi


Asal Usul Kabadi

       Kabaddi merupakan sebuah sukan tradisional dari Asia Selatan. Nama ini berasal daripada perkataan Tamil (கை-பிடி) "kai" (tangan) dan "pidi" (tangkap) yang bermaksud "Memegang Tangan" Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. 

Cara Bermain Kabadi

Dua pasukan menduduki bahagian yang bertentangan dengan kolam renang yang kecil atau padang. Masing-masing mengambil tempat dengan menghantar "penyerang" ke dalam bahagian pihak lawan untuk mendapatkan mata dengan menarik pasukan lawan. Kemudian, penyerang cuba untuk kembali ke bahagian pasukannya sendiri, menahan nafas dan melaungkan perkataan "Kabaddi" semasa serbuan. Penyerang tidak boleh melintasi lobi melainkan dia menyentuh pihak lawan. Jika dia tetap berbuat demikian, dia akan dianggap sebagai "terkeluar". Terdapat juga garisan bonus yang memastikan mata tambahan dapat dipungut oleh penyerang jika dia berjaya untuk menyentuhnya dan kembali semula ke tempat asal pasukannya.

Berikut adalah antara permainan tradisional India yang terkenal di Malaysia. Permainan tradisional Cina dan permainan tradisional Melayu boleh terdapat di sini:

Permainan Tradisional di Malaysia: Cina

Permainan Tradisional Cina:


Mahjong


Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong Membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada vairasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau factor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Cara-cara permainan

Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari sama ada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.


Go


Go adalah sebuah permainan berpapan berstrategi untuk dua orang pemain. Di Malaysia pula, permainan ini dikenali sebagai Go serta Weiqi. Permainan ini berasal dari China kuno, berabad sebelum rujukan terawalnya dalam tulisan-tulisan pada abad ke-5 SM. Go adalah lebih popular di Asia Timur tetapi kebelakangan ini menjadi semakin popular di seluruh pelusuk dunia. Go terkenal dengan strategi-strategi yang kompleks walaupun peraturan-peraturannya mudah.
Cara-cara bermain
Go dimainkan oleh dua orang pemain berganti-ganti meletakkan batu hitam dan putih di atas persilangan grid garis. Saiz piawai bagi grid ini adalah 19 × 19, walaubagaimanapun peraturan-peraturan Go boleh digunakan sebebasnya kepada mana-mana saiz: 13 × 13 dan 9 × 9 juga merupakan pilihan yang popular untuk permainan yang lebih ringkas serta lebih berorientasikan taktik disamping memperkenalkan Go kepada para pemain baru. Objektif permainan ini adalah untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan. Bagi mencapai matlamat ini, setiap pemain berusaha untuk meletakkan batu-batu mereka dalam cara-cara tertentuk agar ia tidak ditangkap, sementara memetakan kawasan-kawasan yang lawan tidak dapat duduki tanpa ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan sekiranya ia tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, hasil daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.

Xiang Qi


Xiangqi merupakan sebuah permainan papan Cina dua orang pemain, yang berada dalam keluarga yang sama dengan catur antarabangsa, chaturanga, shogi, dan janggi. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu sering digelar sebagai Catur Cina.
Xiangqi mempunyai sebuah sejarah yang panjang. Walaupun asal-usulnya tidak jelas, namun permainan ini didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-4 Sebelum Masihi di China.
Ciri-ciri Permainan
Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina

Permainan Yo-Yo Cina adalah mainan dari China yang terdiri daripada dua cakera yang sama saiz disambungkan dengan gandar yang panjang.Satu gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan dengan menggunakan dua batang, setiap satu yang dipegang dalam satu tangan, membolehkan yo-yo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu.
Pada zaman moden, ia digunakan sebagai mainan kanak-kanak dan sebagai alat persembahan di sarkas dan juga terdapat dalam tarian Cina.Permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah melontar yo-yo ke udara atau melambung di sekitar belakang pengguna.Yo-yo barat ia mengekalkan gerakan berputar melalui kesan berputar berdasarkan pemuliharaan momentum sudut.
Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Min sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi.

Pembuatan Yo-yo Cina

Pembuatan Yo-yo Cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.Bagaimanapun, yo-yo cinasekarang diperbuat daripada plastik untuk menambah daya tahan.Manakala tongkat masih menggunakan kayu keras sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih murah dan lebih sesuai kepada pemula. Ada juga tongkat yang diperbuat daripada aluminium Lucite, karbon, logam dan Fibreglass. Fibreglass bersifat ringan dan kuat. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin melakukan "high stress whips" dan trik-trik yang lain. Sesetengah yo-yo cina mempunyai alur dipasang di tepi cakera, alur ini menbolehkan yo-yo cina membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.

Cara Bermain Yo-yo Cina

Yo-yo Cina juga dikenali sebagai Diabolo memerlukan pemainnya memegang stik kayu yang diikat dengan tali nilon dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Fungsi stik kayu tersebut ialah sebagai alat untuk menggerakkan tali nilon mengikut cara yang dihendaki. Pemain perlu mengimbangi yo-yo daripada terjatuh dan memutarkan diabolo dengan laju untuk melakukan pelbagai aksi yang mengagumkan. Diabolo yang ringan mudah digunakan tetapi putarannya mungkin hanya seketika. Kebanyakan pemain yang handal akan memilih diabolo berat untuk melakukan pelbagai aksi. Diabolo mudah dipelajari tetapi mengambil masa panjang untuk menjadi mahir.

Berikut adalah antara permainan tradisional Cina yang terkenal di Malaysia. Permainan tradisional Melayu dan permainan tradisional India boleh terdapat di sini:

Permainan Tradisional di Malaysia: Melayu

Permainan didefinisikan sebagai satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam. ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan.
Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah. Boleh juga seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan.
Permainan telah wujud sejak lama dahulu, dan terdapat banyak permainan tradisional di Malaysia daripada pelbagai kaum juga. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. 
-
 Permainan tradisional yang akan diperkenalkan buat artikel ini ialah permainan yang berasal ataupun merupakan permainan yang sering dimain oleh ahli tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu: 
  • Melayu
  • Cina
  • India


Berikut adalah permainan tradisional buat kaum Melayu:

Gasing




Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Jenis jenis Gasing;
·         Gasing toyol
·         Gasing begelen
·         Gasing berembang
·         Gasing buku benang
·         Gasing jantung
·         Gasing kelamar
·         Gasing kepala duri
·         Gasing kuno
·         Gasing lang laut
·         Gasing leper
·         Gasing leper Kelantan
·         Gasing pacitan
·         Gasing pangkah
·         Gasing piring
·         Gasing pinang
·         Gasing tanjung
·         Gasing telor
·         Gasing Cina
·         Gasing Melayu
·         Gasing uri
·         Gasing bawang

Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.
Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.
Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di paras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.
Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Guli



Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
Cara bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Congkak



Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. 


Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.


Asas Permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Batu Seremban



Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.

Cara Bermain
Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. Guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.
Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.

Sepak Raga




Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.
Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan.

Pemain
·         Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
·         Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.
·         Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.
Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-masing

Berikut adalah antara permainan tradisional Melayu yang terkenal di Malaysia. Permainan tradisional Cina dan permainan tradisional India boleh terdapat di sini: